Sunday, 1 July 2007

Zamrud

Salam semua, saya ingin membawa perhatian tuan-tuan semua kepada sejenis batu yang memiliki kilauan kehijauan yang sangat menarik iaitu batu permata Zamrud .Emerald atau zamrud merupakan batu hijau yang amat cantik kepada pemakai
Emerald merupakan keluarga Beryl yang mempunyai warna hijau yang sangat menarik. Mempunyai komposisi kimia yang hampir sama dengan beryl; Beryllium aluminium silicate with chromium, Be3Al2(SiO3)6::Cr dengan pertambahan cromium dan kadangkala besi (Fe) yang memberi warna hijau yang cantik pada batu permata ini. Emerald dalam Bahasa Greek bermaksud "green germstone" (diambil dari perkataan Old French "esmeralde"). Tamadun kuno seperti Inca dan Aztec di Amerika Selatan menganggap batu permata ini sebagai batu permata yang suci dan digunakan untuk upacara keagamaan. Malah Tamadun Mesir purba dipercayai telah menggunakan batu ini sebagai perhiasan untuk raja dan pembesar negara 3000 tahun sebelum Masihi. Tamadun Yunani juga menyaksikan Cleopatra menggunakan batu zamrud sebagai perhiasan. Malah Maharaja dan Maharani India menggunakan emerald sebagai mahkota.

Emerald biasa dijumpai mempunyai "inclusion" dengan mineral lain. Dengan kekerasan dalam skala Mohs diantara 7.5 hingga 9, emerald merupakan batu permata yang cukup kukuh. Emerald mempunyai "natural limunosity" dimana warnanya hijau pudar tidak dapat dilihat dengan mendalam dengan mata kasar. Warna hijaunya unik dengan variasi spektrum dan ton warna yang sangat menarik apabila dipancarkan menggunakan cahaya UV. Emerald yang mempunyai kristal (inclusion) di bahagian dalam seperti retak (crack) yang dikenali sebagai "jardin" mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Emerald dari Zimbabwe dipercayai merupakan emerald yang tertua di dunia dengan usia menjangkau lebih daripada 260 juta tahun. Colombia merupakan pengeluar utama emerald yang berkualiti di dunia. Muzo dan Chivor yang terletak di Colombia dimana emerald dilombong oleh Tamadun Inca purba merupakan emerald yang paling berkualiti dan bernilai di dunia. Kini, Coscuez merupakan lombong emerald yang terbesar di Colombia dan di dunia. Selain itu, terdapat juga emerald dari Zambia, Brazil, Zimbabwe, Madagascar, Pakistan, India, Afghanistan dan Russia.

Emerald asli biasanya mempunyai harga yang sangat tinggi. Kini terdapat juga emerald sintetik yang boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Emerald yang tulen mempunyai komposisi chromium dan vanadium yang memberikan pancaran cahaya yang menarik. Kesan rekahan atau buih (buble) di dalam batu permata ini terjadi akibat dari kehilangan air dan juga udara yang terperangkap semasa pembentukan kristal emerald. Hasil daripada tekanan dan proses sintesis kimia yang mengambil masa berjuta-juta tahun, emerald terhasil dengan corak dalaman yang sangat unik.

Emerald merupakan permata yang sangat jarang ditemui dalam saiz yang besar. Selain itu, emerald yang berkualiti sangat sukar ditemui, contohnya "Trapiche emeralds" yang hanya didapati di Colombia yang mempunyai 6 sudut pancaran cahaya (six rays emanating) dari tengah. Emerald yang cantik dengan warna hijau tua berasal dari Zambia. Warna hijaunya lebih pekat berbanding emerald dari Colombia. Selain itu, Brazil juga mempunyai emerald yang jarang ditemui yang dikenali sebagai "Cat's eye emerald" yang mempunyai kilauan seperti bintang bersudut enam.

Emerald merupakan birthstone bagi bulan Mei. Dahulu, emerald hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Emerald juga dipercayai memberi keuntungan dan nasib yang baik kepada pemakai. Selain itu, emerald boleh meningkatkan daya ingatan, kepandaian, memberikan kegembiraan, menghalau makhluk halus, menyembuhkan penyakit sawan (epilepsi) dan penyakit pada mata.

No comments: